27 September 2007

10 jenis seksaan yg menimpa wanita

Berikut dinyatakan sepuluh jenis seksaan terhadap wanita , yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad (salla 'Llahu ' alaiyi wa sallam) ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulu 'Llah (salla 'Llahu ' alaiyi wa sallam) menangis setiap kali mengenangkannya.
(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambut dan aurat-auratnya yang lain daripada dilihat lelaki yang bukan mahram baginya.
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya .
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala.Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai .
Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
(10) perempuan rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain. Saudara, saudari muslimin dan muslimat, marilah kita memberi nasihat dan peringatan kepada diri kita dan juga wanita-wanita di bawah tanggung jawab kita, agar mereka menjauhi segala kemungkaran yang akan menyebabkan diri mereka dan mungkin juga diri kita sendiri dari ditimpa 10 seksaan seperti di atas dan juga yang lain-lainnya. Sesungguhnya kita tidak berupaya dan terlalu lemah untuk menanggung seksaan-seksaan tersebut.

No comments: